Pelakon veteran, Kuswadinata berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.
Keadaan beliau semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.
Sejak dimasukkan ke Hospital Ampang pada 7 Oktober lalu, beliau diminta berpuasa bagi mengurangkan pendarahan dalam badan.
Tetapi doktor sudah menjelaskan pada ahli keluarganya bahawa beliau tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat.
Beliau juga turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments