Konsert Zikir Terapi Hafiz Hamidun 14 November 2012

Konsert Zikir Terapi Hafiz Hamidun 14 November 2012

Hafiz Hamidun bakal mengadakan konsert terapi diatas kejayaan album terbarunya berjudul Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang terjual melebihi 60,000 unit sejak dipasarkan hujung tahun lalu.

Beliau memberanikan diri melabur RM150,000 menerusi syarikatnya Arteffects International setelah yakin dengan pembaharuan terhadap muzik yang ditampilkan dalam usaha memberi terapi kepada orang ramai.

Konsert tersebut bakal berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini pada 14 November depan bermula pukul 8 malam.

Bagi memantapkan lagi persembahan, konsert itu turut menampilkan pengacara Halaqah (TV Al-Hijrah) iaitu Ahmad Noor Sulaiman dan seorang tetamu istimewa yang dibawakan khas dari Yaman.

Bagi yang berminat, tiket yang berharga RM125, RM100, RM75 dan RM50 boleh dibeli dengan melayari www.airasiaredtix.com atau e-mel ke alamat newmedia@arteffects.com.my.

Maklumat mengenai tiket konsert boleh hubungi talian 012-2251297 atau 03-77271297.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga