Noraniza Idris, Artis Pertama Memenangi AIM 19

Noraniza Idris, Artis Pertama Memenangi AIM 19

Secara teknikalnya, Noraniza Idris menjadi artis pertama telah memenangi AIM 19 tahun ini.

Ini kerana hanya beliau sahaja yang mengambil bahagian untuk kategori Lagu Etnik Kreatif Terbaik dimana beliau telah menghantar lima pencalonan.

Kesemua lagu yang dipertandingkan dipetik daripada album terbaru penyanyi itu berjudul Nama Cintaku Satu.

Antara lagu yang beliau pertandingkan :-

  1. Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad Logan/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya),
  2. Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya),
  3. Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya),
  4. Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya)
  5. Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya).

Noraniza Idris gembira apabila Anugerah Industri Muzik ke 19 (AIM 19) mengekalkan kategori Lagu Etnik Kreatif Terbaik walaupun hanya dia sahaja yang menghantar pencalonan untuk kategori itu.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga