Izara Aishah mengakui penyebaran video seksi seorang wanita yang menari tarian tango dengan lenggok seksi dan menghairahkan di laman Youtube adalah dirinya.
Video berkenaan dirakamkan sekitar tahun 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor.
Video yang tersebar di Youtube itu adalah rakaman semasa beliau menjalani projek akhir semester semasa mengambil kursus tarian Diploma Seni Persembahan di kolej berkenaan.
Beliau memegang watak seorang pengemis. Oleh kerana kehendak tugasan ketika itu memerlukan dia berpakaian seksi dan beraksi sedikit ghairah.
Dia tidak mahu bersikap hipokrit atau pun menipu dengan menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus terang mengenai apa yang berlaku.
Beliau juga tidak menyangka video itu telah dimuat turun di Youtube selepas dikongsi rakannya di Facebook menyebabkan beberapa peminat menyatakan kekecewaan mereka selepas menyaksikan video tarian berkenaan.
Sumber : HMetro
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments