Perkembangan Selebriti Yang Perlu Anda Tahu – 13 Oct

Perkembangan Selebriti Yang Perlu Anda Tahu – 13 Oct


Selepas kegagalan filem Karipap-karipap Cinta (2011) yang menonjolkan bakat lakonan Gambit Saifullah, kini pelakon itu bakal muncul dengan filem Hantu Bukit Cina (HBC), terbitan Award Makers Sdn Bhd yang akan ditayangkan pada awal tahun depan.

  1. Reshmonu kini dalam proses pembikinan album baru yang mempertaruhkan genre pop tari dan tekno dengan adunan elemen Nusantara. Albumnya dalam bahasa Tamil iaitu Ashtaka yang dikeluarkan pada awal tahun ini turut dipasarkan ke India.
  2. Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) tetap akan dianjurkan pada penghujung tahun ini bagi memberi laluan kepada Anugerah Blokbuster (6 Oktober lalu) dan Anugerah Skrin pada November ini.
  3. Penyanyi dan pelakon Nadia Aqilah Bajuri yang menggalas watak penyanyi Zaiton Sameon dalam filem Zaiton Ceritaku bakal muncul dengan drama bersiri bahasa Inggeris 13 episod berjudul I Eat KL untuk saluran televisyen Internet, Unifi tidak lama lagi.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga