Perkembangan Selebriti Yang Perlu Anda Tahu – 25 Oct

Perkembangan Selebriti Yang Perlu Anda Tahu – 25 Oct

Apek dan Leuniey

Pengurus peribadi penjaga gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Mohd Razif Mohd Rosdi mengesahkan bahawa penjaga gawang pasukan bolasepak negara itu bakal menamatkan zaman bujangnya Disember ini bersama kekasihnya, Leuniey.

  1. Demam Gangnam Style akhirnya sampai ke United Nations apabila Setiausaha Agung UN, Ban Ki-moon menari bersama PSY di New York baru baru ini.
  2. Rumah terakhir mendiang Bruce Lee kini bakal dijual dengan harga US$23 juta selepas rancangan untuk menukarnya kepada muzium ditolak oleh kerajaan Hong Kong tidak lama dahulu.
  3. Gambar perkahwinan Justin Timberlake & Jessica Biel kini boleh dilihat dan majalah ini khabarnya membayar sebanyak  US$300,000 untuk mendapatkan hak eksklusif penyiaran.
  4. Ramai peminat yang masih  keliru dengan status anak Adi Putra yang baru lahir tempoh hari. Pelakon itu menjelaskan yang beliau dan isteri sebenarnya mengambil anak angkat. Tahniah!

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"