Perkembangan Selebriti Yang Perlu Anda Tahu – 30 Oct

Perkembangan Selebriti Yang Perlu Anda Tahu – 30 Oct

Filem terbaru James Bond, Skyfall berjaya menjadi filem kedua terbesar dihari pembukaannya di UK selepas berjaya mengutip US$32 juta hujung minggu lalu. – Jakarta Post

Kepada peminat One Direction,  kumpulan tersebut telah bergabung suara dengan Ed Sheeran untuk menghasilkan lagu balada baru berjudul Little Things. – Perez Hilton

Penyanyi Madonna telah di ’boo’  di atas pentas konsert sendiri selepas beliau menyarankan para peminat untuk mengundi Barack Obama dalam pilihanraya akan datang. – EW

Big Bang melalui akaun rasmi Youtube mereka  mengirimkan video epik Encore ketika konsert di Malaysia hujung minggu lalu yang dirakam menggunakan Samsung Galaxy S3. – Youtube

Ada yang mengatakan bentuk badan baru Mila Kunis (gambar) ini kerana berat badan bertambah tetapi kini ada gossip baru mengatakan yang beliau sedang mengandung. – The Superficial

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"