Siapa Bakal Isteri Hafiz Hamidun Kini Terjawab

Siapa Bakal Isteri Hafiz Hamidun Kini Terjawab

Penyanyi Nasyid, Hafiz Hamidun mengakui bahawa beliau telah jatuh cinta dengan seorang wanita Indonesia yang menetap di Mekah.

Ianya bermula selepas pertama kali mereka bertemu ketika menunaikan umrah pada bulan Mac lalu.

Beliau tidak sangka doanya yang mahu mendapatkan jodoh termakbul selepas melihat kecantikan anak perempuan kenalan kepada rakan kongsinya yang turut berada di situ.

Hafiz telah berbincang dengan kedua ibu bapanya tentang hasrat untuk melamar wanita berusia 20 tahun itu. Beliau telah membawa mereka ke Bandung, Indonesia untuk bertemu keluarga wanita tersebut pada Ogos lalu.

Bagaimanapun wanita tersebut mahu menghabiskan pelajarannya yang berbaki tiga tahun lagi manakala Hafiz pula berhasrat untuk menikahinya tahun depan selain mencadangkan kepadanya supaya menyambung pelajaran di Malaysia.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga