Album HIT NO 1 – Lagu Hit Paling Terkini

Album HIT NO 1 – Lagu Hit Paling Terkini

Kompilasi lagu-lagu hit paling terkini kembali lagi! Tentunya lebih GEMPAK daripada sebelumnya, album HIT NO 1 kali ini memuatkan senarai lagu yang dahsyat-dahsyat!

Anda tentunya teruja untuk mendapatkan kompilasi lagu-lagu kegemaran ramai ini! Album ini memuatkan lagu TEMAN PENGGANTI oleh BLACK & MALIQUE, sebuah lagu yang pernah memenangi carta radio! Video lagu ini pula telah ditonton oleh lebih daripada 1juta penonton dalam masa hanya seminggu!

Album ini turut memuatkan lagu-lagu hit seperti BIAR SAMPAI KE BINTANG oleh ASMIDAR, PELANGI SENJA oleh STACY, PANIK oleh BUNKFACE, LINTASAN BINTANG oleh AWANBAND serta BAHAGIA SEMENTARA oleh pemenang Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu pada AIM 19, JAMAL ABDILLAH! Tidak lupa juga, album ini turut memuatkan sebuah lagu yang telah memenangi anugerah Lagu Rock Terbaik pada AIM 19 yang lalu, lagu IDOLA oleh AZLAN & THE TYPEWRITER!

Tidak sah sekiranya kompilasi kali ini tidak memuatkan lagu-lagu siulan masa kini yang telah menawan carta-carta radio selama berbulan bulan! HIT NO 1 turut memuatkan lagu MILIK SIAPAKAH GADIS INI oleh FIQ & JINBARA, BILA AKU JATUH CINTA oleh AWI RAFAEL serta sebuah OST yang pernah menggegarkan industri perfileman, OMBAK RINDU oleh HAFIZ & DIRA!

Selain itu, album ini juga menampilkan beberapa lagu yang hanya boleh didapati menerusi album HIT NO 1 seperti BEGINI CARANYA oleh SHAHEIZY SAM & YANA SHAMSUDIN, BAWAKU PERGI oleh ZIZAN & KAKA, AKU YANG BERDOSA oleh SHAHIR, serta ANDAIKU BERCINTA LAGI oleh MOJO! Lagu-lagu ini merupakan juara carta berminggu-minggu, dan merupakan antara lagu-lagu yang meraih jumlah muat turun yang paling kencang!

Album ini turut menampilkan artis-artis baru seperti PAYSLIP menerusi lagu JOGET KENANGAN MANIS, serta SALAM menerusi lagu BANGKIT, lagu yang menggandingkan SALAM bersama ALTIMET & DJ FUZZ. BANGKIT merupakan salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam Salam Musik, Album Terbaik AIM 19!

Album HIT NO 1 semestinya sebuah album yang wajib dimiliki!! Penggemar lagu-lagu sensasi tempatan boleh mendapatkan album ini yang telah pun berada di pasaran pada harga yang sangat berbaloi, iaitu hanya RM31.90!!

Berikut adalah senarai lagu bagi album HIT NO 1:

DISC 1

TEMAN PENGANTI – BLACK & MALIQUE

ASALKAN AKU OK – AWI RAFAEL

MILIK SIAPAKAH GADIS INI – FIQ & JINBARA

BAHAGIA SEMENTARA – JAMAL ABDILLAH

BERIBU SESALAN – 3 SUARA

IDOLA – AZLAN & TYPEWRITER

OMBAK RINDU – HAFIZ & ADIRA

PANIK – BUNKFACE

MESTI ADA CINTA – FIQ & AKIM

BIAR SAMPAI KE BINTANG – ASMIDAR

PELANGI SENJA – STACY

KAMAR SEPI – FIRDAUS

BEGINI CARANYA – SHAHEIZY SAM & YANA SHAMSUDIN

DISC 2

BAWAKU PERGI – ZIZAN & KAKA

KETIKA CINTA BERTASBIH – MELLY & AMEE

PICISAN – NUBHAN

AKU YANG BERDOSA – SHAHIR

LINTASAN BINTANG – AWAN BAND

LONELY SHOULDER BOY – HUJAN

ADA CINTA – SMASH

BILA AKU JATUH CINTA – AWI RAFAEL

BANGKIT – SALAM, ALTIMET & DJ FUZZ

MIMPI SEMALAM – TAXI

JOGET KENANGAN MANIS – PAYSLIP

ANDAIKU BERCINTA LAGI – MOJO

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"