Juliana Evans Nafi Bercinta Di Michigan

Juliana Evans Nafi Bercinta Di Michigan

Juliana Evans

Beberapa keping gambar Juliana Evans bersama seorang jejaka yang tidak dikenali menjadi perhatian media & para peminat dunia hiburan pada minggu lalu.

Ada yang mengatakan pasangan ini sedang hangat bercinta & Juliana Evans kini mempunyai kekasih hati sebagai teman beliau disana. Aktress ini pantas menjawab isu ini.

“Boyfriend? Ain’t nobody got time for that! Enjoying my single life!” tulis Juliana Evans di akaun Twitter semalam sebagai satu jawapan kepada persoalan di’sekitar gambar tersebut.

Menjawab juga beberapa pertanyaan peminat, Juliana Evans berkata yang fokus beliau kini hanya kepada pengajian beliau selain merasa pelik dengan tanggapan liar beberapa pihak.

“Tidak tahu pula menaiki bot dan pergi ke pantai boleh rosak akhlak,” tulis beliau lagi selain menyelar media tempatan yang tidak mendapatkan penjelasan beliau terlebih dahulu.

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"