KANGEN BAND KINI DIDATANGKAN BERSAMA ‘GOLDEN TICKET’!

KANGEN BAND KINI DIDATANGKAN BERSAMA ‘GOLDEN TICKET’!

Setelah dua tahun menyepi, band yang terkenal sebagai sebuah band paling berpengaruh di Indonesia ini kembali lagi menemui peminat dengan album terbaru berjudul JANGAN BERTENGKAR! Band yang dianggotai oleh Andika (vokalis), Dodhy ( pemain gitar), Thama (pemain gitar), Lim (pemain drum), Izzy (pemain kibod) dan Bebe (pemain bass) ini mempersembahkan 12 buah lagu dalam album kali ini, sebuah koleksi yang tentunya menggamit jiwa para pendengar. Keseluruhan album ini memperdengarkan lagu-lagu cinta yang lunak, bertemakan kisah suka-duka percintaan pada lumrah duniawi.
 


 
Jika dahulu band ini mencuri hati peminat muzik tanah air menerusi lagu “Terbang Bersamaku” dan “Pujaan Hati”, album kali ini tentunya menjanjikan sesuatu yang tidak kurang hebat. JANGAN BERTENGKAR mempersembahkan eksplorasi lirik dan nada yang lebih mantap. Seindah bahasa yang digunakan dalam bait lirik lagu-lagu KANGEN BAND tentu saja bisa membuai sanubari ‘si pendengar’. Manakala, alunan suara lunak Andhika selaku vokalis dengan sokongan bunyi yang berkualiti dalam album ini juga merupakan antara unsur penting yang dititik-beratkan. Elemen muzik yang diterapkan menerusi album kali ini pula secara keseluruhannya adalah lebih matang, sekaligus mempersembahkan KANGEN BAND sebagai band yang dewasa dalam berkarya.
 
 
Memang lumrah pada setiap pohon yang kembang mekar, pasti ada bunga yang layu berguguran. Begitu juga dengan kisah cinta yang tidah kesampaian. JANGAN BERTENGKAR turut memuatkan lagu-lagu melankolik oleh tiga orang komposer utama album ini. SUNGGUH KEJAM merupakan sebuah lagu sadis hasil komposisi Tama, manakala PERTIKAIAN DI ANTARA KITA, YANG AKU TAU, KEHILANGANMU BERAT BAGIKU, JANGAN MERASA, BEB AKU DIA dan YAKIN CINTAMU KU DAPAT adalah hasil komposisi Dodhy. Andi Bayou selaku penerbit album ini juga turut menyumbang dua buah lagu dalam melengkapi JANGAN BERTENGKAR. Hasil komposisi beliau adalah dua buah lagu dramatis bertajuk BERI KESEMPATAN dan TAK INGIN BERSAMAMU. 
 
 
KANGEN BAND mempertaruhkan JANGAN BERTENGKAR LAGI sebagai single mereka kali ini. Irama nan syahdu yang disampaikan menerusi sebuah lagi lagu ciptaan Dodhy ini begitu meruntun jiwa. Menerusi susunan muzik yang sederhana, lagu ini sangat mudah diterima oleh deria pendengaran. Dengan mengekalkan mood romantis yang begitu sinonim dengan identiti KANGEN BAND, lagu ini semestinya sebuah lagi garapan istimewa oleh enam pemuzik berbakat ini.
Khas  buat para peminat KANGEN BAND, album JANGAN BERTENGKAR kali ini didatangkan dengan GOLDEN TICKET! Para peminat bertuah kini berpeluang menikmati percutian percuma ke luar Negara! Lima orang pembeli album bertuah yang mendapat GOLDEN TICKET bakal memenangi sepasang tiket penerbangan ke Indonesia yang bernilai RM1000! Dapatkan album JANGAN BERTENGKAR yang telah pun berada di pasaran sekarang dengan harga hanya RM27.90!

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"