Majlis Pra Tonton & Sidang Media Filem Ajiboy

Majlis Pra Tonton & Sidang Media Filem Ajiboy

Pihak HyeBro! telah dijemput oleh pihak MIG untuk menghadiri sidang media dan pra tonton filem keluaran MIG yang terbaru iaitu Ajiboy pada 5 November 2012.  Bertempat di TGV Cinema di Sunway Pyramid Krew HyeBro! telah menerjah untuk mendapatkan info mengenai filem tersebut.

Barisan Pelakon & Pengarah  Filem Ajiboy

Bertepatan dengan cuti sekolah yang bakal bermula, Metrowealth membawakan sebuah filem bergenre komedi sesuai untuk seisi keluarga. Penerbitan filem ke-69 ini menjadi satu petanda bahawa MIG sentiasa memikirkan pelbagai genre sebagai hidangan kepada para penonton.

 Sinopsis Filem Ajiboy :

Ajiboy seorang kanak-kanak yang genius dan petah bercakap yang dilakonkan oleh adik Raykarl Iskandar. Ajiboy anak kepada pengusaha taman tema air iaitu En.Fauzan (Angah Rajalawak). En.Fauzan mengamanahkan tugas beliau kepada Ajiboy buat sementara waktu untuk menguruskan taman tema air tersebut.

Mat Saja (Zalif Sidek ) & Cumi (Epi Raja Lawak ) merupakan Head Supervisor di taman tema air tersebut, sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang diberikan seperti memberi barang-barang percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita. Mereka berdua memandang remeh terhadap Ajiboy.

Akibat perbuatan mereka berdua, Ajiboy menurunkan pangkat mereka dan diarahkan melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar taman tema tersebut. Dalam pada masa yang sama Ajiboy sedang mencarikan isteri untuk ayahnya En.Fauzan. Ajiboy berkenan pada Cik Nisa (Adiba Yunus) iaitu setiausaha kepada En.Fauzan.

Mampukan Ajiboy menyatukan ayahnya dan Cik Nisa? Adakah Mat Saja dan Cumi akan meneruskan niat mereka untuk mengkhianati En.Fauzan? Dapatkah Ajiboy menyelamatkan Taman Tema Air milik ayahnya? Semua bakal terjawab di pawagam 8 November ini.

Petikan Sinopsis dari Melastik Bintang

 

Angah & Raykarl

 

Angah Raja Lawak

Ajiboy diarahkan oleh saudara Ismail ‘Bob’ Hasim dan merupakan salah seorang pengarah di bawah naungan Skim 10 Pengarah Muda MIG. Banyak filem-filem komedi box-office yang telah dihasilkan oleh beliau antaranya Ngankung, Adnan Sempit 2, Alamak Toyol, Bini-biniku Gangster dan lain-lain lagi.

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem Ajiboy ini ialah Raykarl Iskandar, Angah Raja Lawak, Zalif Sidek, Epy Raja Lawak, Adiba Yunus dan Fyza Kader. Kemunculan adik Raykarl dalam filem ini menampakkan yang beliau seorang yang petah berbicara sama seperti di luar filem. Telatahnya yang mencuit hati penonton ditambah pula dengan gelagat Zalif Sidek dan Epy Raja Lawak membuatkan filem ini menyeronokkan.

Zalif & Epy

 

Adik Raykarl

Filem ini sudah tentunya bukan sekadar untuk menghiburkan malahan turut membawa mesej yang berguna. Ajiboy bukan bahan tontonan kosong kerana turut menerapkan nilai-nilai pengajaran lebih-lebih lagi secara khususnya ia adalah untuk tontonan kanak-kanak. Filem ini menjalani pengambaran di A Famosa Melaka.

HyeBro! bersama David Teoh

Secara keseluruhannya, filem yang bergenre komedi ini amat sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan bertepatan dengan cuti sekolah yang bakal bermula merupakan strategi terbaik dari MIG untuk mempromosikan filem Ajiboy.

HyeBro! memberikan 4 Bintang daripada 5!
Info MIG :

  • Filem Ajiboy merupakan filem yang ke-69 diterbitkan oleh pihak MIG.
  • Filem yang bakal menyusul selepas Ajiboy ialah Strawberi Cinta pada 6 Disember
  • 2 filem dari MIG akan ditayangkan pada Januari 2013 iaitu Minyak Dagu (3 Jan) & Wawa Semput (31 Jan)

Ikuti perkembangan HyeBro! di Fanpage & Twitter @HyeBro

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"

One thought on “Majlis Pra Tonton & Sidang Media Filem Ajiboy

Comments are closed.