OMG – Program Bual Bicara Terbaru Di Diva Universal

OMG – Program Bual Bicara Terbaru Di Diva Universal

Baru-baru ini telah berlangsungnya sidang akhbar untuk pelancaran program terbaru di Astro DIVA Universal iaitu sebuah program bual bicara tempatan, OMG. OMG merupakan program berkonsepkan bual bicara tempatan khusus untuk wanita ini bakal dihoskan oleh gandingan hebat selebriti tempatan yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan, Sazzy Falak dan Razif Hashim.

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh Kartini Kamalul Ariffin, Penerbit Eksekutif di Red Communications, Michael Loh, Pengurus Besar di F&N Creameries Sdn Bhd, Nini Yusof, Pengurus Dalam Negara Jualan Pengiklanan Malaysia di NBC Universal, Sazzy Falak dan  Razif Hashim, Hos OMG.

Ketua Kandungan Jenama, Jualan Media Astro, Encik Haris Ismail berkata “Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pelancaran OMG kerana ia merupakan program pertama terbitan Malaysia untuk ditayangkan di saluran tersebut.

 

Program OMG ini diterbitkan untuk memberi inspirasi, memperkasa serta memberi informasi mengenai wanita dan tips. pandangan serta gosip terkini. OMG dibawakan khas untuk wanita moden yang bercita-cita tinggi, bertenaga, sukakan cabaran serta bebas. Program 13 episod ini turut memperkenal tiga segmen utama iaitu OMG Celebrity, OMG Miss Chilled dan Oh My Gaji.

Program ini disajikan khas untuk penonton Malaysia dan akan disiarkan tayangan perdananya di DIVA Universal saluran 702 pada 5 November 2012 jam 7.30 malam. OMG merupakan program pertama terbitan Malaysia untuk ditayangkan di saluran tersebut.

Antara penaja utama program ini ialah  F&N Magnolia Sherbet yang turut sama menceriakan program ini dengan segmen istimewa di mana wanita muda akan dipiliih untuk mengendalikan aktiviti – aktiviti yang lasak serta luar biasa.

 

Dari kiri : Kartini, Raz, Michael Loh, Sazzy Falak dan Nini Yusof

 

Segmen OMG Celebrity akan menampilkan sesi temubual istimewa bersama hos program dan juga selebriti tempatan sebagai jemputan termasuklah Lisa Surihani, Jacklyn Victor, Hannah Tan, Mizz Nina, Noh Hujan serta Deborah Henry. Setiap episod penonton akan disajikan dengan segmen mini berjudul “Oh My Gambar Lama” di mana selebriti jemputan akan berkongsi gambar-gambar lama mereka sebagai tatapan buat penonton OMG.

OMG Miss Chilled pula menyingkap pengembaraan 13 orang gadis terpilih menerusi pencarian Miss Chilled yang dianjurkan oleh F&N Magnolia Sherbet. Setiap minggu penonton akan disajikan dengan pelbagai drama oleh para peserta. Keberanian dan kawalan emosi para peserta dalam melakukan pelbagai aktiviti yang cukup mencabar seperti memandu go-kart, meniti jambatan tali dan juga menghadiri janji temu. Gadis Miss Chilled pada setiap minggu juga akan menjalani sesi temubual bersama-sama pengacara, Raz untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang dijalankan.

 

Untuk  segmen Oh My Gaji, penonton akan menghayati pekerjaan bukan konvensional individu terpilih. Hos program iaitu Sazzy dan Raz haruslah meneka jenis-jenis pekerjaan dengan hanya bertanyakan dua soalan berdasarkan video yang akan ditayangkan nanti. Pekerjaan misteri itu hanya akan dijawab sejurus selepas video tersebut ditayangkan dan hos OMG haruslah meneka dengan tepat untuk mengelakkan diri dari dikenakan hukuman di akhir program nanti.

OMG merupakan program terbaru yang segar, menyeronokkan serta menghiburkan. Jangan lupa saksikan tayangan perdananya nanti.

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"