Pelancaran Single Kedua Lynnzay Affandy – ANGEL DUST

Pelancaran Single Kedua Lynnzay Affandy – ANGEL DUST

Pernahkah anda mendengar nama Lynnzay Affandy?? Kali ini HyeBro! akan mendekatkan anda kepada artis ini. Lynnzay Affandy ialah penyanyi wanita yang pernah muncul dengan lagu ‘Jejaka Idaman 2.0’, hasil olahan semula lagu 80-an yang berjaya mencetuskan kontroversi dan menjadi topik perdebatan peminat muzik tempatan sehingga membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah Lynnzay.

Kali ini Lynnzay telah merakamkan single yang kedua beliau iaitu ‘Angel Dust‘. Kali ini Lynnzay menampilkan lagu hasil ciptaan beliau sendiri yang berbahasa inggeris dengan tujuan untuk menunjukkan gaya sebenar muzik beliau ke serata Malaysia.

Di dalam singe kedua ini, Lynnzay menjemput seorang rapper yang menggelarkan dirinya Tactmatic untuk menyanyikan bahagian ‘rap’ bagi memeriahkan lagi lagu ini. Tactmatic juga terlibat dalam pembikinan lagu Angel Dust ini, beliau yang menyusun melodi lagu ini yang rancak dan catchy. Manakala James Baum juga terlibat sebagai produser selain Lynnzay sendiri.


Lynnzay menjadikan Britney Spears sebagai idolanya dengan koleksi lagu-lagu awal artis tersebut. Lynnzay ingin menanamkan unsur-unsur positif dalam diri setiap pendengar yang mendengar lagunya. Dengan lirik lagu yang boleh dikatakan agak jujur dan terus-terang, lagu ini boleh dijadikan luahan cinta di stesen radio oleh para pendengar.


Menariknya tentang single kedua ini, Lynnzay sendiri yang mengarahkan muzik video ‘Angel Dust’ ini bersama produksi yang dibinanya sendiri bergelar L.A Creation. Lynnzay akan muncul di dalam muzik video ini bersama Faisal Ariffin ( pengacara ‘OVER THE TOP MBSB’ di TV3 ). Lynnzay juga menerapkan unsur-unsur tarian, lebih mengejutkan Lynnzay menggunakan penari bersaiz XL atau ‘plus size’. Kedua-dua penari berbadan besar dan berbakat besar ini juga adalah merupakan pereka tari untuk lagu ini.


Lynnzay menerapkan mesej ‘Tiada Diskriminasi‘ buat mereka yang berbakat dan memberi peluang kepada mereka untuk berkerjasama dengan dua gadis berbadan besar ini.

Dengarkan ‘ANGEL DUST’ dan nikmati kesegaran lagu ini untuk membangkitkan rasa gembira dan ceria dalam diri anda.

Muzik video ‘Angel Dust’



[one_third]Untuk maklumat lanjut dan info tentang Lynnzay, anda boleh layari laman Facebook di – http://www.facebook.com/LynnzayAffandy atau pun Twitter : @LynnzayAffandy

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"