Raykarl Iskandar Yang Petah Berbicara

Raykarl Iskandar Yang Petah Berbicara

Pertemuan pertama krew HyeBro! dengan si cilik adik Raykarl Iskandar tempoh hari di Sidang Media Ajiboy amat menyeronokkan. Bukan apa dengan melihat telatahnya yang bersahaja dan petah berbicara dengan individu yang lebih dewasa tidak menampakkan si cilik ini berusia 7 tahun.

Raykarl Iskandar,Ajiboy

Raykarl Iskandar

Kemungkinan juga disebabkan itu dia diambil oleh Ismail ‘Bob’ Hashim untuk melakonkan watak Ajiboy yang amat sesuai dengan perwatakannya di luar. Semasa sesi temubual antara media dan adik Raykarl, dia agak petah berbicara dan adakalanya berhati-hati semasa menjawap soalan dari pihak media. Walaupun temubual tidak formal, tetapi dia bijak mengawal tingkah lakunya dan yang kelakarnya dia siap memberi soalan sendiri untuk ditanyakan kepadanya.

Petikan dari soalan Raykarl :

“Awak semua tak nak tanya ke berapa umur mak ayah saya?”

Kami yang berada di depan dia sudah tergelak bila dia sendiri yang memberikan soalan kepada kami. Banyak juga telatahnya yang mencuit hati semasa berbicara dengan si cilik ini.  Paling tidak boleh dilupakan ialah soalan berikut yang diajukan kepadanya.

Soalan dari pihak media :

“Dekat sekolah girlfriend tak marah ke berlakon?

“Mana ada girlfriend, tak sunat lagi” jawap Raykarl berbisik.

Hehehe, tak sangka jawapan itu yang keluar darinya. Ada sedikit humor juga adik Raykarl ini.

 

Raykarl Iskandar,Ajiboy

 

Kalau anda pernah menonton sebuah drama di TV3, 25 Oktober lalu, yang bertajuk Jubah Putih Kain Kapan, Raykarl turut berlakon dalam drama tersebut. Lakonannya yang menyayat hati para penonton.

 

Raykarl Iskandar,Ajiboy

 

Kami dari HyeBro! mengucapkan supaya adik Raykarl terus berjaya dalam industri perfileman dan dalam masa yang sama juga tidak lupakan juga pelajaran. Semoga terus maju!

 

– Sumber dari Melastik Bintang

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"