Review Teater Kotak Hitam

Review Teater Kotak Hitam

Minggu lepas Krew HyeBro! telah berpeluang menyaksikan pementasan teater Kotak Hitam terbitan Paradoks Production bertempat di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka pada 15 – 18 Nov.

Teater Kotak Hitam hasil arahan pengarah muda, Fasyali Fadzly. Beliau pernah mengarah dan menulis beberapa karya termasuk Teater Juta-Juta (2011), Berani Mati (2009), Kawan-Kawan Yang Kita Suka (2012) dan banyak lagi.

 poster teater kotak hitam

 

Sinopsis Kotak Hitam


Kotak Hitam mengisahkan seorang lelaki yang hidup sendirian bernama Mamat yang begitu obses dengan televisyen. Dia tidak mempunyai rakan melainkan televisyen yang sentiasa memberikannya hiburan. Pada suatu hari, dia mendapati sesuatu yang ganjil berlaku pada televisyennya. Seseorang dari dalam televisyen mula berinteraksi dengan Mamat dan membuatkan Mamat berasa hairan.

Lama-kelamaan, Mamat mula berasa selesa dengan seseorang dari dalam televisyen dan menjadikannya sebagai sahabat karib. Mamat menjadi semakin intim dan tidak boleh hidup tanpa televisyen yang ajaib itu. Sehingga pada satu kejadian, Mamat dihantui satu mimpi dan menyebabkan hubungan mereka terjejas. Apakah mimpi buruk itu? Apakah yang terjadi pada hubungan Mamat dan peti televisyen ajaib itu? Mampukah Mamat hidup tanpa peti televisyen?

Teater yang mengangkat isu obsesi terhadap televisyen ini dipentaskan secara solo oleh Aloy Paradoks selama lebih kurang satu jam. Beliau merupakan penggiat teater alternatif dan juga pemilik syarikat penerbitan teater Paradoks Production. Dalam masa yang sama juga merupakan pemilik kepada dua buah syarikat penerbitan iaitu SeLUT Press dan Sang Freud Press. Antara teater yang pernah ditulis dan diarahkan oleh beliau ialah Nautika, Blackout, Qarin, Hegemoni, Merocok-Rocok, Rompakan Bersepadu – Plan B dan Neo Romantik. 

Aloy Paradoks – Watak Utama

 

 

Krew Kotak Hitam & Penerbit Kotak Hitam – Fazleena

 

Aloy Paradoks ditemuramah oleh pihak media

Apa yang Krew HyeBro! boleh katakan ialah teater Kotak Hitam memang seronok dan lain dari yang lain. Mesti anda belum pernah melihat bagaimana manusia bercakap dengan televisyen. Karektor yang saudara Aloy bawakan agak mencabar juga kerana memerlukan daya ketepatan dan kesabaran ketika berdialog dengan televisyen. Jalan cerita yang ringkas tetapi ada mesej tersendiri. Yang menarik ialah teater ini hanya menggunakan seorang pelakon sahaja. Krew HyeBro! memberikan 4 Bintang dari 5.

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"