Pada 1 November 2012 yang lepas, pihak Advertlets telah menganjurkan satu majlis tontonan filem Skyfall, pihak HyeBro! telah dijemput oleh pihak Advertlets untuk sesi tayangan filem terbaru James Bond iaitu Skyfall di Cathay Cineplax, e@curve Damansara. Pihak HyeBro! berbesar hati untuk sama-sama memeriahkan majlis tayangan perdana filem Skyfall tersebut. Beberapa rakan blogger juga turut dijemput oleh pihak HyeBro! untuk menonton filem tersebut.
Ini merupakan sumbangan dari pihak HyeBro! kepada rakan blogger yang telah memberi sokongan kepada pihak HyeBro! selama ini. Walaupun tidak sebesar mana diharapkan ianya dapat memberi sedikit sebanyak kepuasan kepada mereka.
Mereka yang terpilih menonton filem Skyfall tersebut dipilih berdasarkan satu pertandingan anjuran pihak HeBro! iaitu rakan blogger dikehendaki menulis satu entri ringkas mengenai filem Skyfall dan kenapa ingin menonton filem Skyfall bersama pihak HyeBro!. Lebih dari 10 orang telah memenangi tiket filem Skyfall tersebut.
Berikut gambar sekitar majlis berlangsung :







Sumber gambar dari Melastik Bintang
Sedikit ulasan Filem Skyfall:
Plot cerita filem James Bond kali ini lebih menarik lagi berbanding filem yang sebelumnya. Kali ini, Agen 007 terlibat dengan pelbagai aksi yang lebih mencabar dan mendebarkan. Lebih banyak aksi telah diselitkan dalam filem kali ini dan membuatkan penonton tidak senang duduk dan ternanti-nanti dengan aksi seterusnya.
Kali ini misi agen 007 ialah menjejaki bekas agen 007 juga, Silva merupakan bekas agen kepada M. Silva ingin menghancurkan M16 dan membalas dendam kepada M. Bond terpaksa mengharungi cabaran yang lebih hebat lagi keranan berdepan dengan seorang bekas Agen 007 dan seorang yang bijak dan licik. Dapatkah Bond menyelesaikan misi kali ini? Saksikan filem Skyfall untuk mengetahui lebih lanjut.
Tahniah kepada rakan blogger yang terpilih dan terima kasih atas sokongan anda terhadap pihak HyeBro! Insyaallah jika ada kesempatan pihak HyeBro! akan menjemput rakan-rakan blogger yang lain untuk turut serta bersama pihak HyeBro!
Ikuti perkembangan terkini di Facebook HyeBro! & Twitter @HyeBro
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments