Sidang Media & Pra Tonton Filem Pontianak vs Orang Minyak

Sidang Media & Pra Tonton Filem Pontianak vs Orang Minyak

Pada 8 Nov 2012 yang lalu sekali lagi krew HyeBro! dijemput hadir ke Sidang Media & Pra Tonton Filem terbaru arahan Afdlin Shauki iaitu Pontianak vs Orang Minyak.

Pontianak vs Orang Minyak

Bertempat di Cathay Cineplex  e@curve Damansara, majlis berlansung  dengan meriah dengan kehadiran artis-artis, VVIP, pihak Media, Bloggers dan peminat untuk menyaksikan Pra Tonton filem Pontianak vs Orang Minyak.

Sambutan amat memberangsangkan kerana 2 buah panggung dibuka untuk Pra Tonton filem ini. Sebuah filem bergenre komedi seram.

Sinopsis Filem Pontianak vs Orang Minyak

Filem Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan dua hantu, Pontianak dan Orang Minyak yang baru berkecimpung dalam dunia hantu, namun bagi menguji kepintaran hantu terbabit supaya diterima dalam kelompok hantu, kedua-duanya diuji untuk menakutkan penduduk Kampung Puaka yang turut di diami lima orang bomoh atau pawang.

Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau.

Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Apa akan terjadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka dan apa pula akan terjadi kepada Ponti dan Omi? Saksikan filem Ponti Vs Omi (Pontianak Vs Orang Minyak) di pawagam.

Pelakon Filem Ponti Vs Omi: Johan (Omi), Nabil (Ponti), Afdlin Shauki (Pak Rejab), Khir Rahman (Sudiro), Lana Nordin (Ruminah), Adibah Noor (Saodah), Sharifah Shahirah (Ratu Syaira) dan Syarifah Amani (Maria).

Gambar Sekitar Majlis :

Pontianak vs Orang Minyak
Lana Nordin

 

Pontianak vs Orang Minyak
Dira Abu Zahar

 

Pontianak vs Orang Minyak
Johan dan Ozlyn

 

Pontianak vs Orang Minyak
Nabil

 

Pontianak vs Orang Minyak
Syarifah Shahirah

 

Pontianak vs Orang Minyak
Sidang Media berlangsung

 

Pontianak vs Orang Minyak
Barisan pelakon filem Pontianak vs Orang Minyak

Dari 5 bintang krew HyeBro! memberi 3 1/2 bintang. Idea cerita menarik dan lain dari yang lain cuma jalan cerita agak perlahan sedikit dan penonton boleh meneka apa yang akan berlaku seterusnya. Yang selebihnya penuh dengan komedi.

– sumber lain Melastik Bintang

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"