Dana Krishen Jit – ASTRO 2012

Dana Krishen Jit – ASTRO 2012

Sudah lebih tujuh tahun, Astro dan Five Arts Centre menyokong usaha-usaha penggiat-penggiat seni tempatan melalui pemberian geran yang membantu mereka merealisasikan projek-projek kreatif.

Tahun ini, Dana Krishen Jit – Astro 2012 diteruskan dengan penyediaan geran sebanyak RM32,000 kepada lima individu yang berjaya.

Lima penggiat seni berbakat telah dipilih untuk menerim a geran Dana Krishen Jit – ASTRO 2012 untuk membantu mereka merealisasikan projek-projek pilihan mereka:

  1. Margaret Bong – untuk menghasilkan dokumentari mengenai budaya penghasilan garam di Borneo.
  2. Agnes Lee Agama – untuk mengadakan bengkel pembikinan filem komuniti bagi orang asli dan komuniti tempatan.
  3. Ng Chor Guan – untuk menghasilkan siri muzik eksperimental baru.
  4. Too Chee Hung – untuk menghasilkan karya seni kontemporari dalam pembuatan dan menerbangkan layang-layang.
  5. Lim Li-Ling – untuk menghasilkan dokumentari foto dan multimedia mengenai kumpulan Opera Hokkien, Shio Kee Lin (SKL).

Lima penerima geran tahun ini telah dipilih menerusi pertimbangan teliti oleh panel pemilihan. Kami berharap dapat membantu penggiat-penggiat seni ini merealisasikan projek-projek mereka.

Sepanjang tujuh tahun ini, Dana Krishen Jit telah menganugerahkan geran-geran sehingga RM224,000 untuk menyokong sebanyak 24 projek dalam bidang Seni, yang setiap satunya mengilustrasi gambaran identiti Malaysia dalam bentuk filem, dokumentari, pameran, persembahan teater, muzik, tarian dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dana Krishen Jit – ASTRO dan Five Arts Centre, sila layari www.fiveartscentre.org atau hubungi Five Arts Centre di 03-7725-4858 atau e-mel fivearts@tm.net.my.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga