Festival Filem Malaysia ke-25 Diadakan Pada Februari 2013

Festival Filem Malaysia ke-25 Diadakan Pada Februari 2013


Tarikh penganjuran Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM-25) yang menjadi kontroversi akhirnya terjawab. Apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengesahkan acara itu bakal berlangsung pada pertengahan atau hujung Februari 2013.

Pengerusinya, Datuk Md. Afendi Hamdan berkata, persiapan menjelang acara berprestij itu berjalan seperti biasa di mana proses pengadilan kesemua 70 filem yang bertanding sedang rancak dilakukan.

Finas sudah berbincang dengan pihak industri dan untuk melaksanakan (FFM25) pada hujung tahun ini agak kekurangan masa kerana penghakiman kesemua filem memakan masa yang panjang.

Malah proses penghakiman masih berlangsung sehingga sekarang.

Ada dakwaan segelintir pihak kononnya Finas bersikap ‘lepas tangan’ apabila mendiamkan diri tanpa sebarang perkembangan mengenai FFM25. Bagaimanapun Md. Afendi berkata, perbadanan itu sudah berbincang dengan wakil-wakil industri perfileman berhubung persiapan acara tersebut.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga