Last Child – Our Biggest Thing Ever

Last Child – Our Biggest Thing Ever

Selepas kejayaan single Diary Depresiku, Pedih, dan Percayalah Itu,

LAST CHILD kini tampil dengan album terbaru mereka, OUR BIGGEST THING EVER. Album yang memuatkan 13 buah lagu ini di adalah hasil susunan sepenuhnya oleh Virgaun (vokalis) sendiri, yang juga merupakan penerbit dan pengarah muzik bagi album ini.

Selain membariskan 9 buah lagu rancak berinspirasikan mood rock hasil komposisi Virgaun, album ini turut memuatkan sebuah komposisi Dimas Rangga (pemain bass), bertajuk Cinta Semestinya.

Album ini turut memuatkan 2 buah lagu baru sebagai track bonus, khas buat peminat LAST CHILD.

Menerusi OUR BIGGEST THING EVER, band ini mempertaruhkan Seluruh Nafas Ini sebagai single pertama mereka.

Single ini menampilkan Virgaun berduet dengan Giselle, salah seorang bekas peserta akhir Indonesian Idol 2008. Gabungan dua suara mantap ini tentunya sebuah kombinasi yang enak dijadikan halwa telinga!

Seluruh Nafas Ini – Last Child Feat Giselle

Lihatlah luka ini yang sakitnya abadi
Yang terbalut hangatnya bekas pelukmu
Aku tak akan lupa.. tak akan pernah bisa
Tentang apa yang harus memisahkan kita

Di saat ku tertatih tanpa kau disini
Kau tetap ku nanti demi keyakinan ini

Jika memang dirimulah tulang rusukku
Kau akan kembali pada tubuh ini
Ku akan tua dan mati dalam pelukmu
Untukmu seluruh nafas ini

Kita telah lewati rasa yang pernah mati
Bukan hal baru bila kau tinggalkan aku
Tanpa kita mencari jalan untuk kembali
Takdir cinta yang menuntunmu kembali padaku

Di saat ku tertatih (di saat ku tertatih)

Di saat ktanpa kau disini (tanpa kau disini)
Kau tetap ku nanti demi keyakinan ini

Jika memang kau terlahir hanya untukku
Bawalah hatiku dan lekas kembali
Ku nikmati rindu yang datang membunuhku
Untukmu seluruh nafas ini

Dan ini yang terakhir (aku menyakitimu)
Ini yang terakhir (aku meninggalkanmu hooo..)
Tak kan ku sia-siakan hidupmu lagi
Ini yang terakhir, dan ini yang terakhir
Tak kan ku sia-siakan hidupmu lagi

Sinopsis Seluruh Nafas Ini

Ia mengisahkan hati yang terluka akibat cinta yang tidak berpenghujung. ‘Tubuh’ yang terluka disakiti tetap menanti kepulangan kekasih hati, dan rindu yang ‘membunuh’ meruntun jiwa lara.

Lirik yang begitu sadis ini juga turut menggambarkan betapa setianya si pencinta yang menghambakan seluruh jiwa raganya buat kekasih hati – ‘Seluruh nafas ini hanya untukmu…’ Disamping bahasa lirik yang begitu berbunga dan’cantik’, dipadu pula dengan melodi dan susunan lagu yang begitu indah, Seluruh Nafas Ini tentunya sebuah lagu yang mampu menawan kalbu para pendengar…

OUR BIGGEST THING EVER boleh didapati pada harga hanya RM27.90 di stor-stor muzik berhampiran anda! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki album ini!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga