Pratonton Filem Strawberi Cinta

Pratonton Filem Strawberi Cinta

Kali ini Krew Hye Bro! telah dijemput sekali lagi oleh pihak Metrowealth  Pictures (MIG) untuk bersama-sama menyaksikan pratonton filem Strawberi Cinta. Tidak lupa juga Yana Super Friends (YSF) juga turut serta.

strawberi-cinta
Bertempat di TGV Sunway Pyramid Krew Hye Bro! dan rakan-rakan media yang lain bertemu disana untuk sesi pratonton. Antara artis yang hadir ialah Pierre Andre, Yana Samsudin, Diana Amir dan Penerbit David Teoh. Filem Strawberi Cinta ini diarahkan oleh Ahmad Rusli Khadri.

Menarik dalam filem ini ialah beberapa elemen Jepun diterapkan dalam masa yang sama juga pengarah mengenengahkan lokasi pelancongan di Malaysia secara tidak langsung mempromosikan pusat pelancongan negara Malaysia.

Sinopsis Strawberi Cinta

Strawberi Cinta mengisahkan tentang Ichigo Yamada ( Yana Samsudin ) gadis Jepun berumur 25 tahun. Ichigo bermaksud Strawberi dalam bahasa Jepun juga utama.

strawberi-cinta
Beliau mengikuti pakej pelancongan dari sebuah agensi pelancongan tempatan iaitu Strawberry Vanilla Travel 7 Tours. Hakimi ( Pierre Andre ) merupakan pemandu pelancong dan juga salah seorang pemilik agensi tersebut.

Ichigo datang ke Malaysia untuk mencari seseorang iaitu ibunya yang telah lari ke Malaysia. Dalam masa yang sama juga dia ingin mengenali budaya dan masyarakat di Malaysia.

Ichigo telah mengupah penyiasat persendirian. Ini menyebabkan Hakimie mengesyaki sesuatu yang aneh tentang Ichigo kerana sering hilang semasa program agensi pelancongan.


Sehinggakan satu kejadian yang tidak diingini  terjadi kepada Ichigo dan segala rahsia terbongkar.

Apakah yang akan berlaku kepada Ichigo?Dapatkah dia menemui ibu kandungnya semula? Bagaimana hubungan Hakimie dan Ichigo?


Sama-sama saksikan Filem Strawberi Cinta ini di pawagam pada 6 Disember nanti.

 

Komen Dari Krew Hye Bro!

Cerita ini ada bahagian yang agak meleret dengan dialog yang terlalu panjang yang boleh membuatkan penonton berasa bosan. Ada babak-babak yang tidak perlukan dialog yang agak panjang dan tiada isi.

Babak cinta antara Hakimie dann Ichigo juga tidak menampakkan langsung yang mereka benar-benar suka dan mencintai satu sama lain. Hanya menampakkan perasaan cemburu sesama sendiri.

Watak gadis Jepun itu berjaya dilakonkan oleh Yana Samsudin dan hampir sempurna sebagai gadis Jepun.

Tahniah kepada pelakon filem Strawberi Cinta.

 

Jom saksikan Trailer Filem Strawberi Cinta ini.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"