Aizat Kecewa Dengan Kontroversi Anugerah Juara Lagu 27

Aizat Kecewa Dengan Kontroversi Anugerah Juara Lagu 27

Tahniah buat Aizat kerana berjaya membawa lagu “Terukir Di Bintang” untuk menangi Anugerah Juara Lagu ke-27 walaupun dia sekadar mengantikan Yunalis Zara atau Yuna disaat akhir.

Aizat bersyukur kerana penyertaannya bagi membantu Yuna yang sibuk di Amerika Syarikat membawa kejayaan.
Yuna tidak dapat membuat persembahan kerana berada di Amerika Syarikat atas urusan albumnya.

Bagaimanapun, beliau merasa Terukir Di Bintang mendapat juara bukan kerana beliau yang menyampaikan, tetapi lagu ciptaan Yuna sememangnya memberikan kelainan dalam industri muzik tanah air kita.

Dalam masa yang sama, Aizat menyifatkan konflik mengenai tawaran kepada penyanyi Uji Rashid yang disebut-sebut akan menyanyikan lagu berkenaan tidak perlu dijadikan kontroversi.

Malah, Aizat turut terkesan dengan hal tersebut apabila mendapat tahu Uji terpaksa digantikan dengan dirinya, dan dia difahamkan penyanyi verteran tersebut tidak diberitahu tentang pertukaran itu.

Beliau sendiri tidak tahu dimana silapnya tetapi secara umumnya, pihak yang bertanggungjawab patut melayan penyanyi veteran kita dengan baik.

“Rasa sedikit kecewa apabila melihat keadaan ini berlaku, janganlah memberi harapan yang tinggi terutamanya kepada golongan veteran sepertinya,” kata Aizat.

Sementara itu, Aizat bersyukur, penyertaannya bagi membantu Yuna yang sibuk di Amerika Syarikat membawa kejayaan.

“Bagaimanapun Terukir Di Bintang mendapat juara bukan kerana saya, tetapi lagu ciptaan Yuna sememangnya memberikan kelainan dalam industri muzik tanah air kira,” ujarnya.

Kredit gambar : BuahMulut.com

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga