Amanda Imani telah melancarkan dua buah single iaitu Fobia Cinta dan Like A Boss di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur
Single Fobia Cinta dan Like A Boss, dilancarkan serentak dan menurut Amanda kedua-dua lagu itu lirik ditulis dan diciptanya sendiri.
Beliau gembira kerana akhirnya berjaya menghasilkan single ciptaannya sendiri seratus peratus. Karya itu merupakan hadiah dalam bentuk abstrak untuk dikongsikan bersama peminat.
Sebelum ini, beliau sendiri diberikan peluang menulis lirik lagu menerusi melodi yang diberikan oleh komposer. Tetapi kali ini, dia lebih yakin dan matang untuk menulis dan menggubah lagu serta tahu arah tuju karier seninya.
Menurut Amanda,
Fobia Cinta dihasilkan pada tahun 2012 dan sepanjang mencipta lagu itu, beliau sering berjumpa dengan pemain biola, Dennis Lau yang menjadi inspirasi untuk saya menambahkan bunyian instrumen asing dalam lagu ini.
Klip video yang dihasilkan pula berkonsepkan vintaj sekitar era 1960-an. Walau bagaimanapun beliau masih belum merancang untuk mengeluarkan album dalam masa terdekat ini.
Amanda mengakui pembabitan Dennis Lau dalam Fobia Cinta sedikit sebanyak membuka perspektif pasaran lagunya menembusi pasaran muzik masyarakat Cina.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments