Pelawak Wanita Tiada Keyakinan

Pelawak Wanita Tiada Keyakinan

Raja Azura

Penyampai radio Sinar FM dan pengacara Raja Azura berpendapat kaum wanita di negara ini tiada keyakinan dan bimbingan yang menjadi punca pelawak golongan itu berkurangan.

Katanya, walaupun pelbagai platform telah disediakan bagi mencungkil lebih ramai pelawak tetapi ia tetap tidak mendapat sambutan kaum wanita.

“Apabila saya diminta menjadi salah seorang “sifu” rancangan Bintang Mencari Bintang, ia amat membuatkan saya teruja kerana saya benar-benar mahu melihat lebih ramai wanita menjadi pelawak.

“Zaman kehebatan pelawak wanita seperti Yusni Jaafar, Kartina Aziz dan beberapa nama besar lain perlu dibangkitkan semula,” katanya pada pelancaran program realiti terbaharu terbitan TV3 iaitu Bintang Mencari Bintang di sini pada Selasa.

Selain Raja Azura, lima lagi artis yang turut dipilih untuk membimbing peserta program itu adalah Sabri Yunus, Harun Salim Bachik, Senario, Afdlin Shauki dan Zizan Razak.

Dalam pada itu, Raja Azura berkata, dia turut berasa gementar dengan tanggungjawab tersebut kerana ia merupakan tugas berat.

Bagaimanapun dia yakin dapat melahirkan seorang bintang yang bukan sahaja boleh melakukan komedi pentas dan menyanyi sebaliknya seorang penghibur berkaliber.

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"