Program Realiti Komedi Terbaru Di TV3

Program Realiti Komedi Terbaru Di TV3

Senario

Program terbaharu terbitan TV3 berjudul Bintang Mencari Bintang yang menggilap bakat baru berdasarkan sketsa komedi dan nyanyian tidak mempunyai persamaan dengan program komedi sedia ada.

Penerbit eksekutifnya, Muhamad Suffian Isa berkata, walaupun program berbentuk komedi telah banyak diketengahkan oleh stesen lain namun pihaknya memberi jaminan rancangan realiti itu akan memberikan kelainan.

“Program ini diterbitkan bukan untuk meniru sesiapa dan pengisiannya nanti akan memberikan kelainan kepada penonton.

“Malah pada tahun 2007 kami pernah merancang untuk menerbitkan program pencarian pelawak namun kurang mendapat sambutan,” jelasnya.

Suffian ditemui ketika majlis pelancaran program itu dan memperkenalkan barisan para artis yang akan membimbing peserta dalam program tersebut di sini pada Selasa.

Seramai enam orang artis yang dipanggil “sifu” akan menerajui program itu seperti Raja Azura, Senario, Harun Salim Bachik, Zizan Razak, Sabri Yunus dan Afdlin Shauki.

Bintang Mencari Bintang bakal memperlihatkan setiap sifu mempunyai dua orang peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka akan bersaing antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000.

Bagi uji bakat yang bakal bermula pada 19 Januari ini, dua nama besar iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Ajai akan memilih peserta yang berkelayakan ke pusingan seterusnya sebelum dipilih oleh enam sifu sebagai anak didik mereka.

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"