Zarina Anjoulie Didakwa Miliki Dadah

Zarina Anjoulie Didakwa Miliki Dadah

Pelakon wanita Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram.

Beliau dan teman lelakinya Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari untuk sebutan kes.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga