Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan menerima penghargaan daripada Kementerian Dalam Negeri dalam bentuk pangkat dalam Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan itu akan dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Ahad ini.
Zed Zaidi sudah dimaklumkan mengenai pelantikan itu tetapi beliau tidak pasti pangkat apakah yang akan diberikan kepadanya.
Zed berkata, majlis itu akan diadakan di Pejabat Rela Wilayah Persekutuan, di Jalan Hartamas 1.
Pemberian pangkat itu adalah kerana sumbangan beliau terhadap aktiviti sukarela yang dilakukan melibatkan artis menerusi Persatuan Seniman yang diterajuinya selama ini.
Beliau bersyukur kerana pihak kerajaan menghargai kerja-kerja sukarela yang beliau lakukan selama ini menerusi medium seni.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments