Zizan Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH2012

Zizan Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH2012

Zizan Razak Pencalonan Paling Banyak

Pelawak Zizan Razak merupakan artis yang memperoleh pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak tersenarai bagi lapan kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.

Bagi kategori Online (dalam talian) pula, Zizan dicalonkan bagi kategori Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama, Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media, Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular.

“Tak sangka pula nama saya dicalonkan untuk lapan kategori. Rasanya ini adalah pencalonan terbanyak sepanjang enam tahun karier saya.

“Bagi saya ini semua kerana mereka (peminat) yang menyokong saya sejak dahulu lagi.

“Alhamdulillah, doa saya untuk menghiburkan khalayak sehingga menjadi kesayangan peminat juga termakbul,” kata Zizan.

Pelawak itu ditemui selepas pengumuman lima finalis akhir ABPBH2012 yang diadakan di Holliday Villa di sini, petang Rabu.

Pengumuman senarai lima finalis untuk 22 kategori yang dipertandingkan itu membolehkan pembaca akhbar Berita Harian memilih finalis calon popular masing-masing

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

MB - Melastik Bintang. Salah seorang penulis di Hye Bro! disamping blog melastikbintang.com yang mempunyai "niche parenting". Anda boleh hubungi saya jika mempunyai event berkaitan "parenting"