Erra Fazira dan Fahrin Ahmad telah dipilih sebagai pengacara bagi malam anugerah Festival Filem Malaysia ke-25 yang akan berlangsung di PICC, Putrajaya pada 2 Mac ini.
Sebanyak 70 buah filem layak dipertandingkan namun hanya 28 filem sahaja yang tercalon dalam FFM25 untuk merebut 23 anugerah utama dan 12 anugerah cipta.
Antara filem yang disebut-sebut bakal bersaing sengit adalah filem Bunohan, Songlap, Ombak Rindu, SAM dan 29 Februari.
Malam Anugerah FFM25 akan dipancarkan secara langsung pada jam 9 malam menerusi MUSTIKA HD, ASTRO RIA dan RTM2.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments