Fizz Fairuz mengambil pendekatan mahu menutup mulut daripada mengulas mengenai kesnya meminang isteri orang kerana enggan isu itu menjadi bertambah rumit.
Dia sekarang mahu melupakan terus peristiwa hitam itu untuk memberi fokus kepada bidang seni.
Pada 10 Februari lalu,
Fizz dilaporkan telah meminang seorang wanita bernama Azlyn Maissiela Mohd Nazar dalam satu majlis rahsia di Kuantan, Pahang.
Bagaimanapun empat hari kemudian Fizz yang sebelum ini kekasih kepada pelakon Almy Nadia terpaksa memutuskan pertunangan itu selepas mendapat tahu wanita berkenaan adalah isteri orang.
Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Ramli mendedahkan dia telah bernikah dengan Azlyn Maissiela di Selatan Thailand sebagai isteri kedua tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini.
Dalam pada itu Fizz mengaku apa yang terjadi ini adalah kesalahannya dan tidak berhasrat untuk mengingatinya lagi.
Beliau juga tidak melarikan diri (dari media) cuma dia sendiri tak mahu ada pihak melaga-lagakannya.
Bicara HyeBro : Ini salah satu permasalahan yang berlaku dan bakal berlaku sekiranya melakukan pernikahan di Thailand. Tak semua orang akan tahu yang anda sudah berkahwin, kan menyusahkan orang lain.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments