Black Mentor sebelum ini berkeras mahu menyembunyikan identiti tunangnya akhirnya dia akur dan berkongsi sedikit mengenai hal peribadinya kepada umum atas kedudukannya sebagai artis.
Sebab itulah dia mula memuat naik foto-foto bersama tunangnya yang dikenali sebagai “Chira Khairi,” di laman sosial Instagram.
Sebagai orang yang dikenali, beliau faham peminat nak tahu setiap perkara tentang dirinya tetapi ada yang boleh dikongsi dan ada yang tidak boleh.
Sebelum ini, beliau akui tidak mahu berkongsi berita pertunangan ini. Takut tak menjadi, malu pula seluruh keluarganya.
Black juga telah merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini, dia berjanji akan berkongsi berita gembira itu sekiranya sudah menetapkan tarikh perkahwinannya.
Black dan wanita berkenaan mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Namun ia dirahsiakan daripada diketahui umum bagi menghormati permintaan keluarga.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments
1 Comments
Comments are closed.