
Bagi penonton yang pernah menyaksikan pementasan Lawak Ke Der pertama dan kedua di panggung berprestij Istana Budaya (IB) tahun lalu, pasti masih terbayang-bayang di mata mereka persembahan dari pelawak terlibat yang membuatkan mereka tidak kering gusi.

Menariknya, kali ini ia dipersembahkan bukan menerusi pementasan di IB, sebaliknya diangkat ke layar perak pula. Bakal ditayangkan 7 Mac ini di pawagam seluruh Malaysia, filem tersebut bagaimana pun masih mengekalkan pelawak yang sama seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Nabil, Harith Iskander, Zizan Razak dan Johan.

Pada 22hb February 2013 bersamaan Jumaat, crew Hy Bro! telah memenangi sepasang tiket Tayangan Perdana Lawak Ke Der 2 di Cathay Cineleisure E@Curve. Seperti kebiasaannya crew Hye Bro! akan terjah ke lokasi untuk sama-sama menoton filem tersebut.
Sinopsis Lawak Ke Der 2
Lawak Ke Der adalah satu persembahan pentas di Istana Budaya berkonsepkan komedi yang menampilkan barisan pelawak yang terkenal negara iaitu Nabil, Boboi, Jozan serta Harith Iskander.
Pengarah: Hans Isaac
Penerbit : Tall Order Productions Sdn. Bhd. , Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa: Malay
Genre: Comedy
Durasi : 104 Min

Ulasan yang Hye Bro! boleh katakan ialah filem ini amat menarik kerana buat pertama kalinya Pengarah Hans Isaac memberanikan diri untuk menfilemkan karya yang terhasil di Istana Budaya, dimana beliau membawa pementasan di Istana Budaya ke panggung. Satu cubaan yang agak berani oleh pengarah ini. Lawak yang dipersembahkan para pelakon amat mencuit hati penonton sehinggakan ianya membuatkan anda bergelak ketawa dan tidak kering gusi.
Jadi 5 bintang Hye Bro! berikan kepada pengarah ini dan filem Lawak Ke Der 2 ini. Jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan anda. Anda tidak akan rugi menonton filem ini.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments