Diana Amir tidak berasa gentar untuk menjejakkan kaki ke Semenanjung Gaza, Palestin bagi mengikuti misi kemanusiaan bersama-sama rombongan daripada kumpulan selebriti Usrah Fitrah.
Seramai 28 ahli rombongan menyertai misi itu termasuk beberapa orang artis seperti Yatt Hamzah, Siti Nordiana, Zoey Rahman, Heliza, Sufian (Saujana) dan Eenaz Mokhtar.
Kumpulan itu akan berada di Gaza selama dua hari pada lawatan yang bermula Isnin lalu hingga 2 April ini selain membuat lawatan ke Kaherah, Mesir.
Beliau sendiri tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke bumi bergolak itu bagi melihat sendiri keadaan di sana.
Walaupun pelbagai cerita kita dengar mengenai keadaan di Gaza tetapi beliau tidak berasa gentar kerana ingin melihat sendiri kehidupan masyarakat di sana dan menghulurkan apa-apa bantuan sekiranya perlu.
Peluang ke Gaza akan digunakan oleh beliau untuk bermuhasabah diri dalam menjadi seorang Muslimah yang lebih baik selepas ini.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments