Aeril Zafrel menganggap langkahnya mendalami ilmu agama tidak menyekat untuk dia pengembangkan kerjaya seni pada peringkat antarabangsa.
Beliau yang membintangi sebuah filem Hollywood menyifatkan ilmu agama yang dipelajari menjadi bekalan kepadanya untuk lebih menjaga batasan ketika berlakon dan pergaulan.
Selama setahun beliau mendalami ilmu agama Islam di sekolah-sekolah pondok sehingga ke Indonesia dan Terengganu untuk menjadikan dirinya agar lebih baik.
Ianya tidak membuatnya berhenti berlakon,
Cuma beliau kini lebih banyak menjaga batas lakonan, kalau boleh tidak mahu adegan-adegan berpelukan.
Aeril menganggap adegan intim, bersentuhan dan berpeluk yang dilakonkannya dalam sebuah filem Hollywood di samping aktres handalan, Christina Ricci dan Sharon Stone adalah sekadar teknik kamera semata-mata.
Katanya, dia sudah berbincang dengan pengarah filem tersebut tentang batas-batas lakonan yang tidak boleh dilakukannya terutamanya mengenai adegan cium atau atas ranjang.
Biarpun berlakon di bawah produksi luar negara, namun dia tetap menjaga sensitiviti masyarakat di negara ini.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments