Aaron Aziz telah menyahut cabaran untuk bergelar pengarah apabila penerbit Ahmad Idham menawarkannya untuk mengarahkan filem terbaharu terbitan Excellent Pictures berjudul Romeo Kota.
Pada mulanya dia hanya ditawarkan berlakon dalam filem berkenaan sebelum ditawarkan menjadi pengarah. Beliau bersetuju dengan pelawaan itu selepas menyedari ia peluang besar untuk kariernya.
Penggambaran filem yang menggandingkannya dengan Nabil (Raja Lawak) sebagai watak utama sedang dijalankan bermula 26 Mac lalu di sekitar Lembah Klang.
Filem yang mengangkat genre aksi dan komedi itu mengisahkan mengenai dua anggota polis yang menyamar untuk menyelesaikan satu kes jenayah di sebuah kolej.
Pada Aaron, walaupun penat dan tertekan untuk mengimbangi peranannya sebagai pengarah dan pelakon dalam filem itu namun dia dapat mengawal situasi dengan baik.
Banyak perkara yang dapat dipraktikkan hasil daripada pemerhatian dan pembelajaran ketika bekerja di bawah pengarah lain sebelum ini.
engalaman mengarahkan beberapa buah drama dan projek kecil lain seperti klip video membuatkan beliau yakin untuk mengarahkan filem ini.
Ahmad Idham juga banyak membantunya ketika di lokasi terutama sekali dari segi aspek teknikal filem tersebut.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments