Fizz Fairuz terpaksa mengupah kira-kira empat orang pengawal peribadi sebagai langkah-langkah keselamatan ketika menghadiri acara-acara hiburan.
Pada Fizz, memiliki pengawal peribadi membuatkan pergerakannya lebih mudah terutamanya apabila dikerumuni peminat ketika dia ingin mengejar masa untuk ke lokasi lain.
Beliau rasa lebih teratur pergerakannya apabila mempunyai pengawal peribadi terutamanya ketika berada di majlis-majlis hiburan.
Bagaimanapun dia tidak membawa mereka selalu, cuma ikut tempat yang bersesuaian sahaja. Tetapi, apabila di luar waktu kerja-kerja seni, mereka ini menjadi teman lepak pula.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments