Pelakon Oh My English!, Zain Saidin.
Disingkirkan dari gelanggang MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke-2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.
Menurut kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta,
Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan dia sendiri begitu biadab dan jahat.
Beliau merasakan dirinya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Beliau akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangannya diserlahkan.
Bagaimanapun dia tidak kecewa apabila disingkirkan kerana beliau sendiri tahu setakat mana kemampuannya, namun dia tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments