Anuar Zain membuat permohonan maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, berhubung dengan foto yang memaparkan aksi mesra berpeluk dengan kekasihnya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi.
Beliau menjelaskan bahawa aksi mesranya dengan Zandra tidak membawa sebarang maksud sebaliknya dia menganggap wanita yang juga merupakan pemain bowling negara itu sekadar teman lama.
Beliau sendiri terkejut apabila foto tersebut hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan dia dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan.
Foto tersebut diambil selepas mereka terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar.
Bagaimanapun beliau memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut. Sejujurnya, beliau tidak ada niat apa-apa pun.
Dia berharap isu tersebut tidak akan timbul lagi kerana menyifatkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments