Pencarian Hos TV3 – Rancangan 3R

Pencarian Hos TV3 – Rancangan 3R

Selepas 13 tahun tidak bersiaran, “3R” bakal kembali dan menampilkan pengacara baru.

sebelum ini, rancangan “3R” (Respek, Relaks, Respon) yang mengetengahkan isu-isu berkaitan kaum hawa dan pernah dihoskan oleh Azah Yasmin Yusof, Rafidah Abdullah, Low Ngai Yuen, Kartini Ariffin dan Celina Khor.

Kali ini “3R” bakal kembali dan menampilkan pengacara baru selepas 13 tahun tidak bersiaran.

Menurut Penerbit Eksekutif Bersama, Red Comunication Sdn Bhd – Lina Tan,

Menerusi uji bakat bagi mencari personaliti baru untuk mengacarakan rancangan tersebut, pihaknya akan mengadakan sebuah program realiti khas iaitu “Projek 3R” di mana seramai 12 orang finalis dipilih menyertai ke program itu dan hanya tiga peserta akan menjadi pemenang sebagai hos baru “3R”.

Bagi yang berminat untuk menyertai pencarian hos “3R”, layari laman web www.3r.com.my untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. “Projek 3R” akan mula disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 6 petang bermula 24 Ogos akan datang.

Manakala musim terbaru “3R” akan mula bersiaran pada 20 Oktober 2013, setiap Ahad pukul 7.30 petang.

Kedua-dua rancangan ini akan disiarkan di TV3.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga