Adakwaan mengatakan Ainan Tasneem tidak profesional kerana enggan menyanyikan lagu 150 Juta di setiap persembahannya.
Sebagai penyanyi kelahiran YouTube, beliau sendiri mengakui agak keberatan untuk menyanyikan lagu dari ‘single’ keduanya 150 Juta selepas dia dituduh mencuri karya tersebut.
Beliau kecewa dengan tuduhan itu dan menganggap gosip tersebut hanyalah sekadar salah faham. Ada peminat menganggap beliau mencuri lagu itu daripada Fyn Jamal walhal mereka berdua ada perjanjian yang dibuat sebelum rakam lagu itu dibuat.
Pada awalnya lagu 150 Juta dirakam sebagai lagu pelengkap untuk dimuatkan dalam albumnya, namun atas kesilapan teknikal lagu tersebut dijadikan single keduanya selepas Aku Suka Dia.
Bagaimanapun dia bersyukur ramai yang meminati lagu tersebut.
Sementara itu, Ainan berkata dia bakal melancarkan mini album pada Julai depan dan sudah selesai rakaman 10 buah lagu baru untuk album penuh yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments