Masih menjadi tanda tanya sama ada Datuk Aznil Nawawi selaku pengacara nombor 1 Malaysia akan ditawarkan menjadi pengacara atau pengetua Akademi Fantasia musim ke-10 (AF10).
Bagaimanapun beliau masih bersikap terbuka sama ada diberi peluang terlibat atau sebaliknya dalam program Akademi Fantasia musim ke-10 (AF10) yang akan kembali bersiaran tidak lama lagi.
Walaupun beliau telah menerajui program itu selama beberapa musim, beliau tetap menyerahkan segala urusan, terutama urusan pemilihan pengetua dan pengacara kepada pihak pengurusan Astro.
Aznil, atau lebih mesra disapa Pak Nil antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi pengetua atau pengacara program realiti yang dijangka ditayangkan pada September ini.
Bagi beliau, dalam program besar dan popular seperti AF, pemilihan pengacara atau pengetua sangat penting kerana mereka secara tidak langsung menjadi penghias.
Beliau juga menjelaskan terdapat juga nama pengacara lain yang berbakat besar disenaraikan untuk mengendalikan rancangan ini.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments