Hanis Zalikha bakal menjadi pengacara acara karpet merah Anugerah Blokbuster pada 15 Jun depan yang akan berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru), Johor pukul 9.00 malam.
Beliau mula dikenali menerusi filem Gangster Celop, dan tidak sampai setahun berada di bidang hiburan, namanya sudah pun dikenali dan ia memberi peluang kepadanya untuk terus maju dalam kerjaya berkenaan.
Tawaran mengacara yang diterima beliau memberi cabaran buatnya di mana beliau akan mengendalikan acara karpet merah bersama dengan Tasha Shila, Hafizul dan Hefny secara langsung.
Beliau tidak risau kerana akan diberi kelas intensif sebagai persediaan sebelum acara tersebut.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments