Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23 dan Nurinafilah atau Awin, 31, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 150 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima 11 Dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.
Manakala Awin membalas dengan sehelai baju Melayu, jam tangan jenama Marc Jacob, dompet, sebuah komputer riba, cokelat, sejadah, minyak wangi Paco Rabanne, kamera digital dan sirih junjung.
Sebelum ini pasangan itu telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Izzue dan Awin berkenalan sejak 2008 dan telah bercinta selama enam tahun.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments