Malam Amal Bersama Tiga Diva melibatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid ditunda kepada 3 September depan.
Menurut Pengarah Eksekutif, Kaizen Cosmetic, Sulaiman Ngah Dimin selaku penganjur persembahan, penundaan ini dibuat disebabkan oleh orang kenamaan (VVIP) yang dijemput tidak dapat hadir.
Pihak VVIP tersebut dijemput untuk melancarkan produk keluaran syarikat Kaizen Cosmetic mempunyai komitmen lain dan beliau mempunyai sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Bagaimanapun, artis yang terlibat tidak menghadapi masalah dengan penundaan berkenaan sebaliknya mereka bersetuju untuk terus menghiburkan orang ramai pada tarikh baharu.
Bagi orang ramai yang sudah membeli tiket, mereka tidak perlu khuatir kerana tiket asal masih sah dan boleh digunakan. Begitu juga dengan lokasi acara berkenaan, tetap tidak berubah iaitu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Selain ketiga-tiga diva berkenaan, persembahan tersebut akan turut diserikan dengan kehadiran Didie Alias, Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak) sebagai pengacara bersama.
Maklumat dan keterangan lanjut berhubung penundaan itu boleh dilakukan dengan menghubungi Rahimi di talian 03-62425104 atau 010-2454923.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments