Setelah 12 minggu Raja Lawak 7 berlangsung, malam ini adalah pentas terakhir untuk menentukan siapa yang bakal dinorbatkan sebagai Juara Raja Lawak 7.
Kumpulan Sakan, Wala, Bora dan Gamat adalah empat kumpulan terakhir yang menjadi pilihan untuk layak ke Gelanggang Akhir Raja Lawak 7 malam ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Tema untuk Gelanggang Akhir Raja Lawak 7 ini ialah Bebas dan Muzikal dan Juara Raja Lawak 7 akan membawa pulang wang tunai RM100,000.
Setiap finalis akan dibantu oleh pelawak seperti Ajak Shiro bersama kumpulan Sakan, Shahrol Shiro untuk kumpulan Bora, Yassin akan bergandingan dengan Gamat dan Rahim R2 untuk membantu kumpulan Wala.
Bagi pentas akhir ini, pengacara Jozan kembali selepas 2 minggu Jambu mengacarakannya.
Jangan lupa saksikan Gelanggang Akhir Raja Lawak 7 malam ini yang akan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan akan turut disiarkan di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments