Masihkah anda ingat rancangan 3R (Respek, Relaks, Respon) yang popular satu ketika dahulu?
Selepas berehat selama 3 tahun, 3R Media dengan kerjasama TV3 bakal memperkenalkan barisan hos baru untuk musim baru menerusi ‘Projek 3R’.
Seramai 1000 peserta telah hadir ke sesi uji bakat yang berlangsung selama 6 minggu pada bulan Mei dan Jun 2013 di sekitar negara, namun hanya 12 finalis yang terpilih untuk menyertai program ‘Projek 3R’.
Pengacara 3R terdahulu iaitu Azah, Rafidah, Yuen, Tini dan Celina akan bertindak sebagai mentor mereka dalam membimbing dan berkongsi pengalaman.
12 finalis Projek 3R terdiri daripada :
- Jasmine (Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 23, Selangor),
- Dayah (Nur Hidayah Abu Bakar, 24, Kuala Lumpur),
- Puteri (Puteri Zulaiqha Mohd Arif, 23, Kuala Lumpur),
- Amirah (Siti Nor Amirah Mohamad Azmi, 22, Putrajaya),
- Nora (Nora Shikeen Abdul Rahim, 21, Kuala Lumpur),
- Zetty (Zetty Nabila Muhamad Ghazali, 22, Kuala Lumpur),
- Yvonne (Lee Yvonne, 24, Selangor),
- Fiona (Fiona Cheong, 22, Selangor),
- Tamila (Tamilarasi, A/P Manium, 21, Perak),
- Sara Z (Sara Nadzirah Zulkifli, 22, Selangor),
- Sarah Lois (Sarah Lois Dorai, 21, Sarawak)
- Zeek (Haziqah Azemi, 21, Kuala Lumpur).
Kesemua finalis Projek 3R akan mengikuti beberapa sesi latihan dan bengkel oleh pihak produksi untuk mengasah kemahiran dan menambah ilmu mereka tentang kualiti yang diperlukan untuk bergelar hos 3R.
Selain kemahiran berkomunikasi, mereka juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyahut apa saja cabaran yang diberikan. Kreativiti dan kerjasama juga merupakan kunci kejayaan bagi mereka untuk membuktikan kemampuan dan kredibiliti sebagai hos 3R.
Program realiti 7 episod yang memaparkan persaingan 12 finalis untuk bergelar trio hos 3R baru bakal menemui penonton TV3 bermula 24 Ogos, setiap hari Sabtu jam 6 petang.
Kredit gambar buat Budiey.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments