Adnan Sempit 3 berjaya mengutip sebanyak RM2.3 Juta setelah 7 hari ditayangkan.
Masih mengekalkan teraju utama mereka membawakan gelagat mat rempit iaitu Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana dan Along Cham.
Pengarahnya, Ismail Bob Hasim berkata, tayangan filem genre komedi aksi ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton yang bercuti sempena Aidilfitri.
Seperti kejayaan dua filem terdahulu, sekuel aksi komedi Adnan Sempit 3 arahan Ismail Bob Hashim mampu menyajikan sesuatu yang ringan dan boleh diterima oleh semua lapisan umur.
Buat Pertama kali , watak baru diperkenalkan seperti Shima Anuar , Lynda Roslan dan Fadzil Zahari bagi menguatkan lagi jalan cerita.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments