Seperti yang Bro kongsikan di facebook Hye Bro! tempoh hari,
Black Mentor atau Hanifah Md Hanafiah, telah mengumumkan tarikh pernikahannya dengan gadis pilihan, Naquira Yasira Mohd Khairi atau Chira.
Mereka telah memilih 13 September. Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Manakala bagi majlis resepsi pula akan diadakan keesokan harinya dan kedua majlis ini diadakan di tempat yang sama.
Majlis resepsi pihak lelaki pula akan berlangsung pada 15 September (Ahad) di Padang PPR Kerinchi, Pantai Dalam.
Tarikh pernikahan ini diumumkan pada majlis sidang media baru-baru ini dihadiri kedua ibu bapanya, Hanafiah Che Din dan Muslamah Othman serta Ketua Jabatan Pengurusan 8 Unit, Jacynta Au Yong.
Saya tidak mengehadkan jumlah tetamu kerana ia terbuka kepada semua orang.
Bagi saya ia merupakan hari bahagia dan tidak menghalang sesiapa sahaja untuk menghadiri majlis ini,” katanya yang berhasrat membawa bakal isteri dan kedua ibu bapanya untuk menunaikan umrah selepas tamat majlis perkahwinan tersebut.
Sebelum ini, Black enggan mendedahkan identiti bakal isterinya itu. Tetapi kini, Black bersikap terbuka memandangkan perkahwinan mereka akan berlangsung tidak lama lagi.
Black juga telah menceritakan serba sedikit bagaimana mereka boleh berkenalan
Kami hanya berkenalan dalam tempoh yang singkat dan dua bulan kemudian kami terus bertunang.
Pada saya, Chira begitu sempurna dalam segala-gala hal terutamanya bab memasak dan saya sangat suka masakannya.
Chira merupakan anak saudara kepada aktres dan penyanyi popular, Umie Aida dan pernah belajar di Melbourne, Australia.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments