Status sebagai tunangan orang bukanlah alasan untuk mereka sentiasa menghabiskan masa bersama sebaliknya harus menjaga batasan sehinggalah mempunyai ikatan yang sah.
Itu yang dinyatakan oleh Diana Amir bila beliau selesa berjauhan dengan tunangnya yang bertugas di Kedah, Mohd Habibbullah A Rahman agar tidak berlaku fitnah.
Mereka tidak mempunyai masalah tentang perkara ini, malah lebih selesa tidak terlalu kerap berjumpa dan hanya akan bertemu sekiranya mempunyai urusan.
Untuk pengetahuan anda, Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga beliau.
Bagaimanapun mereka masih belum menetapkan sebarang tarikh kerana sibuk dengan urusan kerja masing-masing.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments